IT'S RANDOM ME :\

in the process of becoming a good muslim,a good daughter,a good sister,a good student,a good girl and a good people :)

Friday 23 November 2012

cerita cuti sekolahku versi 2 !

Assalamualaikum gengs !

okay nak share sesuatu dgn uolls.baru-baru ni actually semalam,aku keluar setelah lama terperuk di dalam rumah tanpa melihat awan dan langit.aku keluar berbekalkan amanah yg telah diberikan utk aku supaya menempah t-shirts buat PEERSku.okay aku ke Central Market! seperti biasa aku tidak mempunyai driver yg menghantarku ke mana saja aku ingin pergi.Jadi aku pandai2 kan diriku menaiki kemudahan awam yg ada.mula2 sekali aku menaiki Rapid KL dari Pusat Bandar Damansara iaitu office mama ke Station LRT Bangsar.semasa menaiki bas tersebut,aku hulurkan ICku beserta wang kertas RM5 kepada abang bas tersebut,kataku kepadanya,

"nak topup touch&go saya..."

"sorry dik,kat sini tak boleh topup .." katanya sambil mengambil wang kertasku dan memulangkan baki.



aku terus menuju ke kerusi kosong dan duduk sambil mendengar lagu Anak Kampung menerusi earphoneku.melihat pemandangan menerusi tingkap bas tersebut membuatkan aku bahagia kerana sudah lama aku tidak melihat ragam manusia.maklumlah asyik duduk dirumah sahaja cuti ni.
tiba2 aku pelik apabila melihat ramai penumpang yg turun di satu tempat ini.aku malas ingin mengambil tahu hal mereka.aku pun mengalih pandangan ku ke arah abang bas tersebut.tiba2 dia bersuara,

"dik,ni station terakhir.tak nk turun ke?"





aku senyum sambil bangun dan turun dari bas itu.aku pun terus berjalan laju ke tempat membeli tiket LRT automatik.setelah memasukkan wang & menekan destinasiku.aku tunduk utk mengambil tiket.aku terkejut apabila yg keluar bukanlah tiket tetapi benda bulat yg tidak aku kenali.

"apa kejadahnya ni wehhhh!" kataku di dalam hati..

aku menuju ke arah tempat scanner tiket tersebut.aku meletakkan benda bulat tersebut di atasnya.

Bipppppppppppppppppp..begitu sekali bunyinya.

aku hanya tersenyum melihat benda bulat tersebut ditanganku.kemudian aku menaiki LRT hingga ke Station Pasar Seni.semasa aku ingin scan benda bulat tersebut di mesin scanner yg ada di situ,tiba2 ia berbunyi 'Bippppppp' begitu kuat tetapi tidak terbuka pula pintunya utk membenarkan aku lalu.

"apahal pulak ni !" kataku lagi di dalam hati.ada seorang hamba Allah yg begitu manis dtg ke arah ku dan berkata,

"dik masuk kan benda tu dlm lubang yg ada kat atas tu..."

"terima kasih.."



aku tersenyum lagi sambil menggeleng kepalaku yg terasa berat harini.kepalaku begitu berat memikirkan tentang betapa majunya dunia harini dengan kemudahan teknologi yg ada.ke mana perginya cara manual seperti dahulu? aku masih rindukan keadaan melihat org ramai beratur membeli tiket di kaunter.aku rindukan tiket yg berbentuk kertas keras yg mempunyai corak2 menarik.aku rindu untuk melihat tiket yg masuk dan keluar semula di mesin scanner.aku rindu nk kumpul tiket2 KTM & LRT seperti dahulu.aku rasa begitu kuno sekali semasa keluar membawa diri semalam.aku tidak sangka Malaysia sudah semaju itu.aku tidak dapat bayangkan bagaimana aku ingin mengahadapi kemajuan Malaysia 5tahun akan datang.teknologi kadang2 mampu mengelirukan kewarasan manusia.mmg dgn adanya teknologi perkara menjadi mudah tetapi...entah aku merasakan tidak perlu semua benda ditukar dgn teknologi.ada benda yg kita kena kekalkan penggunaan manualnya.hanya luahan hati dari seorang pelajar yg terkejut apabila keluar melihat dunia semalam.terima kasih.



P.S : saya Muslim berjaya !

No comments:

Post a Comment